↧
Pink+Cream
↧
Hantaran Deco in Pastel Pink + Cream
Assalammualaikum dan hai korang
Jumaat lepas Rilla ada post gambar bunga segar yang Rilla beli kan? Jadi kali ini Rilla nak kongsi hasilnya pula. Warna tema yang digunakan adalah merah jambu pastel dan krim atas permintaan client sendiri. Alhamdulillah, mereka puas hati.

![]() |
Dulang 1: Sireh junjung. Client minta yang tinggi sedikit. Gambar kedua tu tersenget pula. |
![]() |
Dulang 2: Cincin. Susunan bunga yang penuh :) |
![]() |
Dulang 3: Coklat. |
![]() |
Dulang 4: Kek baldu merah. |
![]() |
Dulang 4: Buah-buahan. |
![]() |
Untuk dulang yang menggunakan bakul, Rilla hiaskan baku dengan konsep minimalis. Hanya reben satin polos digunakan. Lebih itu kurang. |
Semoga dapat memberi inspirasi kepada kalian semua. Oh, sebelum ada yang bertanya, sebagai informasi, Rilla beli bunga segar di Floristika, Bangsar. Bunga yang digunakan adalah Gerbera Daisies, Roses dan Carnation Sprays.
↧
↧
Wedding Review: Reception Attire
Amaran: Entri banyak gambar. Sila klik gambar untuk melihat gambar yang lebih besar.
Assalammualaikum dan hai sayangku
Baju Rilla
Baju Kanda
Rilla dah malas nak tulis. Korang tengok gambar sajlah. Rilla letak banyak-banyak supaya korang puas tengok.
Baju ini akan dibuka untuk sewaan. Insya Allah malam ini Rilla akan buat entri untuk butirannya ya.
Assalammualaikum dan hai sayangku
Rilla masih lagi belum dapat buat ulasa selaju yang diinginkan. Sebenarnya, bermula dari bulan Februari hari tu, Rilla telah diberi tugasa yang memerlukan Rilla ke Melaka setiap Isnin dan Selasa sehinggalah Mei nanti. Tambahan pula, sekarang department Rilla baru melancarkan projek, Rilla kena banyak ke luar pejabat. Penat, bila balik, tak fikir blog dah, tidur saja. Jadi, Rilla minta maaf jika terlambat membalas emel atau pun mesej di FB.
Ok, berbalik kepada topik. Baju sanding kami. Untuk baju Rilla, Rilla tempah dengan Unaisah Azlan. Untuk baju Kanda, kami tempah di Classic Point, Nilai.
![]() |
Hasil dari Unaisah Azlan :) Cah Tambah rhinestone crystal dekat lace Rilla. |
Konsep majlis Rilla adalah Melayu moden. Jadi, Rilla pakai dress, bukan kebaya. Rilla memang kurang minat baju yang sarat dan penuh manik-manik. Ini antara salah satu sebab Rilla tempah dengan designer berbanding dengan sewa di butik. Rilla mahukan baju yang ringkas sahaja. Baju ni boleh dipakai semula kalau company Rilla ada buat anual dinner nanti, hahahah.
Rilla minta Cah design sekali tudung untuk Rilla. Senang di situ. Tak payah Rilla susah-susah nak fikir. Rilla sangat suka dengan keseluruhan pakaian Rilla. Alhamdulillah, ramai sangat puji baju ni. Baju Rilla adalah dress A-line. Material yang digunakan adalah Guipure/Prada Lace, Tafetta (lining skirt), organza (overlay skirt dan sash), silk satin (top) dan silk chiffon (tudung). Lace dan Tafetta tu Rilla beli di Bandung dulu.
![]() |
Ini tudung yang Cah designkan untuk Rilla. Cantik kan? |
Jangan tanya macam mana pakai shawl tu. Rilla tak berapa ingat. Rilla minta Cah datang petang tu untuk pakaikan baju dan tudung Rilla. Tapi yang pasti, Rilla pakai dua helai shawl masa ni. Masa nak siap tu, pakai kaedah trial and error sahaja. Cah lilit-lilit sambil tanya pendapat Rilla. Cah sendiri pun tak ingat, hahahah. Nantilah, kalau ada masa Rilla cuba balik nak pakai macam mana.
Rilla memberi kepercayaan kepada Unaisah untuk buat baju Rilla ni. Memang puas hati sangat. Fitting dua kali sahaja. Pertama adalah untuk fitting toile (baju olok-olok guna kain murah untuk pastikan fit betul sebelum potong kain yang sebenar). Fitting toile pun sekejap saja, tak sampai 10 minit sebab tak ada apa nak ubah. Perfect fit. Fitting kedua atau terakhir adalah bila baju hampir siap. Fitting yang ini adalah untuk labuh baju selepas pakai heels. Tapi dari segi potongan baju memang tak ada perubahan.
Kalau nak buat baju dengan Cah, kena percaya kat dia yang dia akan siapkan baju korang. Dia tak pernah lagi ada kes baju tak siap.
Baju Kanda
Baju Kanda pakai Nehru suit. Kami beli dua pasang sampin songket di PKNS. Kemudian tempah tengkolok dan bengkung dari BMO Tradisional. Kanda tidak sesuai pakai tengkolok biasa, nampak pelik. Jadi kami tempah tengkolok dengan cara lipatan yang lain. Kalau di BMO, tengkolok ini dippanggil Tengkolok Raja Muda Selangor. Kalau korang rajin, cuba Google gambar sanding Noh Hujan, tengkoloknya dilipat dengan cara yang sama. Korang Google lah, Rilla malas, LOL.
Rilla dah malas nak tulis. Korang tengok gambar sajlah. Rilla letak banyak-banyak supaya korang puas tengok.
![]() |
Kat sini boleh tengok gambar penuh untuk baju Kanda. Suka sangat gambar ni! |
![]() |
Gambar penuh untuk baju Rilla. |
![]() |
Gambar dari tepi dan styling tudung. |
![]() |
Sash diikat di high-waist Rilla. Buat kaki Rilla nampak panjang berjela. Sebenarnya memang badan Rilla pendek tapi kaki panjang. Potongan ini buat Rilla nampak tinggi kan? ;p |
![]() |
Pandangan dari belakang. Cah tak ikat reben untuk sahs tu. Dia cakap takut Rilla nampak macam budak-budak, hahahah. |
![]() |
Keluarga Rilla pula pakai warna Sangria. Adik perempuan Rilla pakai warna dusty pink sebagai petugas memberi bunga pahar. |
Baju ini akan dibuka untuk sewaan. Insya Allah malam ini Rilla akan buat entri untuk butirannya ya.
↧
{Rental} Reception Attire
{Rental}
Item:Bride's Dress
Description:
High-waisted A-line dress with lace patchwork and organza overlay.
Designer:
Unaisah Azlan
Materials Used:
Guipure Lace, Silk Satin (dress top), Tafetta (skirt lining), Organza (sash belt and skirt overlay).
Measurement:
Shoulder: 13½"
Bust: 32"
High-waist: 25"
Hips: 35"
Wrist Opening: 6"
Length (Shoulder-floor): 56"
Rental Price:
RM600.00
FOC matching platform heels rental - Vincci Size 5
P/S: The shawl that I used is NOT up for rental for personal reasons. (It's just a plain chiffon shawl).
Item: Groom's Suit
Description:
2-Piece Nehru Suit
Tailor:
Classic Point, Nilai
Material Used:
Tafetta (same material as Bride's skirt lining)
Measurement:
Shoulder: 17"
Chest: 39"
Waist: 34"
Length (Pants): 38"
Rental Price:
RM150.00
Including sampin, tengkolok and bengkung as shown in the picture.
Rental Price for Bride's Dress + Grrom's Suit
RM700.00 only!
(It's a pretty good deal since it's a designer dress).
Terms & Conditions:
- RM150.00 deposit is required. Will be refunded to you once the rental item is returned to me completely, without any damage and/or major stains.
- Rental period is 7 calendar days. If there is any delay in returning rental item, you will be imposed a RM25.00/day fee.
- Please do-not wash/dry-clean the garments yourselves.
Interested?
Please email me at rilla.amrillah@yahoo.com ad include "RECEPTION ATTIRE RENTAL" in the subject field.
Photos:
Click pictures to enlarge.
↧
Rabu Tanpa Kata: Cincin Nikah Saya - Tak Nak Solitaire Please
↧
↧
Rindu Korang!
Assalamualaikum dan hai korang... Harap korang sihat. Rilla tak. Sebenarnya dah berminggu tak sihat ni. Ni pun tengah demam, taip sambil hingus meleleh (ewwwwwwww). Minta maaf sebab tak update blog ni, sebenarnya, Rilla dah berminggu-minggu tak on PC (ni blogging pakai gadget). Dosa banyak kot, tu yang sakit meleret. Nasib baik masih larat pergi ke pejabat. Tapi sampai rumah je melepet. Tapi kat office pun, kadang sampai terlentok kat meja. Nak MC, tapi kerja banyak. Korang doakan Rilla cepat sembuh ya, lepas tu boleh Rilla update blog dengan jayanya. Rilla nak pergi Jepun, lusa. Harap-harap sihat. Doakan Rilla dan angkatan selamat pergi dan pulang ya. Sayang koranggg~~
↧
Majlis Bertandang: Sneak Peak
Assalammualaikum dan holla!!
Mak aih, dah berhabuk blog ni. Ampunkan saya penunggu gua. Alhamdulillah, kesihatan semakin baik, tapi kadang-kadang dia datang balik. Rilla baru lepas pindah rumah, masuk rumah sewa, tinggal berdua dengan husband, seronok! Hahah. Rilla tak pernah tunjuk gambar bertandang kan? Rilla letak sekeping dulu boleh? Doakan kesihatan Rilla ya supaya boleh kembali blogging macam dulu.

Dress by Rilla Amrillah :)
Makeup yang super ringkas.
↧
Exchange Link: FROZEN
*Sticky Entry*
Dengan dukacitanya Rilla terpaksa mengumumkan program pertukaran link terpaksa dibekukan buat sementara waktu. Ini adalah kerana Rilla tak dapat nak update dekat blog list widget BBF Rilla kat bawah tu. Tak tahu pula kenapa. Nanti bila dah ok, Rilla open balik link exchange ok?
↧
Wedding Review: Henna/Inai
Assalammualaikum dan hai korang
Rindu tau! Hahaha, salah sendiri kan biar blog berhabug. Rilla cuba sehabis baik untuk kembali mengemaskini blog dan sambung buat review. Maaf ya, ini semuanya kerana hal itu.
Entri ini Rilla dedikasikan kepada Diana Dian. Dia email Rilla tentang henna atau inai yang Rilla pakai masa nikah hari tu.
Rilla takde semua gambar kahwin dengan Rilla sekarang ni, semua dalam hard disk kat rumah. Rilla dah sebulan tak buka PC tu, percaya tak? Hahaha. Yang ada cuma gambar outdoor nikah sebab CD dia memanng dah sedia ada dalam laptop ni.
![]() |
Inilah rupa inai yang Rilla pakai. Kalau korang tengok dalam video nikah pun ada dan lebih jelas. |
Rilla guna inai serbuk yang Rilla kirim dari Mekah.Tak campur dengan apa-apa pun kecuali air. Rilla sangat suka dengan warnanya. Tak terlalu merah dah gelap. Sweet sahaja. Dan memang Rilla sengaja nak pakai inai style tradisional, iaitu cuma di jari tanpa ukiran-ukiran bunga ke apa. Nak nampak kalsik. Rilla kan ringkas orangnya.
Tentang cara nak pakai, Rilla minta bantuan BFF merangkap pengapit Rilla, Na. Lepas dah bancuh inai dengan air, NA letakkan inai tersebut di sekeliling jari Rilla. Lepas tu potong plastik kecil-kecil (Rilla guna plastik shopping warna putih) untuk balut inai tadi. Kemudian Na sellotapekan plastik tadi. Rilla pakai sehari sebelum nikah. Inai ni sangat tahan lama. Sekarang ni dekat jari dah habis sebab kuku dah memanjang. Tapi dekat kaki masih terang, tak pudar pun. Jadi malam tu Rilla tidur dengan inai sekali. Esok paginya, bangun, baru basuh inai tu. Cara ini membolehkan Rilla tidur tanpa mengotorkan cadar.
![]() |
Maaf gambar kurang jelas, ambil pakai kamera telefonsahaja di waktu bilik sudah gelap, sebelum tidur. |
Harap ini membantu, Dian :)
↧
↧
Wedding Review: Teks Pengacara Majlis
Assalammualaikum, salam Jumaat,
Sebenarnya dah pernah dapat permintaan, tapi lambat pula Rilla nak kongsi skrip pengacara majlis ni. Teks ini Rilla Google dan kemudia diubahsuai mengikut kesusaian majlis Rilla (tak ingat link asal, siapa tahu, bagi tahu Rilla ya). Rilla ada dua pengacara majlis pada malam tersebut, seorang lelaki, seorang perempuan, tapi teks ini masih sesuai untuk digunakan kalau ada seorang pengacara majlis sahaja. Teks ini juga hanyalah untuk majlis 'dine and go', bukan 'seated dinner'.
Rilla kongsikan di sini untuk rujukan semua ya. Boleh copy dah ubah suai ikut majlis korang. (Memang teks asal, kalau nak copy, silalah tukarkan kata nama khas yang digunakan ya).

----------------------------------------------------
Majlis Perkahwinan Rilla & Fuad
1 Januari 2012
Teks Pengacara Majlis
Pengacara Majlis:
Amir Hamidi Amha
Rafidah Mohamad
Masa | MC | Teks | Nota |
8.40 pm | Didi | Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk duduk dan mengambil tempat bagi memberi laluan untuk pengantin berarak. | |
8.45 pm | Rafidah | Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Bunga manggar kilau bercahaya, Datang berkunjung ke majlis meriah, Sejarah terukir nilai permata, Lembaran sejarah kini bermula. | Paluan kompang dimulakan selepas pantun selesai dibaca |
Didi | *selepas pengantin tiba di pintu gerbang* Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk, pasangan raja sehari; Amrillah Binti Amrullah dan Fuad Suffian Bin Abdul Majid | ||
8.55 pm | Didi | *selepas pengantin duduk di pelamin* Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. | |
Rafidah | Yang dihormati Encik Amrullah Buang dan Puan Rohani Md Hussain, selaku tuan rumah, yang diraikan pasangan mempelai, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. | ||
Didi | Saya, Amir Hamidi Amha | ||
Rafidah | dan saya, Rafidah Mohamad | ||
Didi | pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke Majlis Perkahwinan Amrillah Binti Amrullah dan Fuad Suffian Bin Abdul Majid. Bagi memohon majlis ini diBerkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan selawat dan doa yang akan dibacakan oleh saudara Mohd Hanafi Munshi. Dipersilakan. | ||
*bacaan doa dan selawat* | 10 minit | ||
*pertunjukkan silat tari & kompang* | 10 minit | ||
9.15 pm | Didi | Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar. Dengan itu, saya menjemput Encik Amrullah Buang & Puan Rohani Md. Hussain, Ayahandabonda kepada pengantin perempuan. | |
Rafidah | Seterusnya, Puan Hajjah Safiah Abdullah & Encik Farmy Abdul Majid, Bonda & abang kepada pengantin lelaki. | ||
Didi | Seterusnya, Y.B. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang & Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan. | ||
Rafidah | Seterusnya, Encik Othman Md. Hussain & Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan. | ||
Didi | Seterusnya, Puan Marlia Abd Majid, kakak kepada pengantin lelaki & Suami. | ||
Rafidah | Dan, Puan Marlina Abd Majid, kakak kepada pengantin lelaki & Suami. | ||
9.30 pm | Didi | Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan pengantin kita hari ini. Puan dibawa ke Gunung Ledang Dibawa dengan penuh beradab Lauk pauk telah terhidang Kini masa makan beradab Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. *Pengantin berjalan dan duduk di meja utama* | |
Rafidah | Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. | ||
Didi | *selang masa 30 saat* Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, majlis mempersilakan En. Edzuan Shamsuddin, rakan sekuliah kepada pengantin perempuan untuk menyanyikan sebuah lagu diikuti dengan persembahan layar majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi. | ||
9.30 pm | *nyanyian oleh Edzuan* | 5 minit Lagu: Sedetik Lebih | |
9.35 pm | *playback video nikah* | 5 minit | |
9.40 pm | Didi | *selang 30 saat selepas playback nikah* Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. | |
*upacara potong kek* | 5-10 minit | ||
9.45 pm | Rafidah | Tanam laguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati | |
Didi | Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat | ||
Rafidah | Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali | ||
Didi | Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT. |
↧
Wedding Review: Meja Makan Beradab Decoration & Centerpiece
Assalammualaikum dan hai pembaca-pembacaku sekalian. Sihat hendaknya.
Harap kalian bersabar sahajalah dengan Rilla yang tak habis-habis buat review tentang majlis-majlis Rilla. Kali ini tentang meja makan beradab pula. Sekali lagi, seperti aspek-aspek lain dalam majlis Rilla, hiasan meja makan beradab Rilla adalah ringkas sahaja. Rilla tak suka hiasan yang terlalu berat dan sarat. Yang penting, muka pengantin mesti nampak. Kadang-kadang terlalu banyak hiasan, tetamu tak dapat lihat pun muka pengantin.
![]() |
Pandangan hadapan meja makan beradab Rilla |
Untuk meja makan beradab, Rilla hanya menggunakan reben, lantern, tealights, dan pasu berisi bunga. Lantern dan tealight holders Rilla beli di IKEA. Harga lantern RM25/unit. Harga tealight holder RM1.90/unit. Pasu pula berharga RM11.90. (Letak harga awal-awal sebelum orang bertanya).
![]() |
Dalam gambar ni boleh nampak pasu yang diisi bunga orked. Dalam gambar ini juga korang boleh nampak ribbon lantern yang Rilla DIY. |
Rilla juga telah DIY Ribbon Lantern seperti yang korang boleh nampak di dalam gambar di atas. Senang je nak buat. Main gam sahaja reben ke gelungan dawai.
![]() |
Kat sini boleh nampak gambar botol berisi bunga. |
Botol-botol pula Rilla beli di SSF, harga dalam RM9.90 kalau tak silap. Sekarang ni botol tu dah dijadikan botol untuk isi air dalam fridge. Jadi walaupun digunakan untuk dekorasi, tetap ada kegunaan yang praktikal selepas kahwin.
Untuk centerpiece meja VIP juga menggunakan idea yang sama. Bunga orked yang diletakkan di dalam botol. |
Kerusi chiavary yang dihias dengan reben organza. |
Untuk hiasan kerusi pula cuma hiasan ringkas menggunakan reben organza. Cuma sayang, Rilla beli segulung sahaja, jadi tak dapat diikat dengan panjang dan berjurai. Tapi tak mengapa, Rilla pun malas nak membazir sebab reben-reben ni akhirnya entah ke mana.
Sekian entri hari ini. harap kalian suka :)
Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.
Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.
↧
Wedding Review: Wedding Cake
Assalammualaikum dan hai korang
Thanks Amani!
Entri pasal kek pula. Sudah acap kali Rilla menyatakan bahawa Rilla adalah pengantin yang ringkas, jadi kek pun haruslah ringkas juga. Kek fondant 8 tingkat bukan pilihan saya. Saya cuma mahukan kek buttercream dua tingkat. Tanpa pewarna pada icing, dihiasi bunga segar.
Ringkas bukan kek Rilla? Piping pun Rilla minta yang ringkas sahaja. Bunga itu adalah bunga-bunga yang sama yang digunakan untuk pelamin dan meja makan beradab iaitu Sweet Williams dan Orked. Sebelum cucuk bunga tu Rilla balut dahulu tangkainya dengan aluminium foil supaya tidak meracuni kek.
Nasib baik adik Rilla memang sedang mengambil diploma seni kulinari. Jadi kek ini DIY oleh bakal chef, Amani Liyana :D
![]() |
Yang duduk depan Rilla tulah Amani Liyana. Yang lain semua adik-adik Rilla juga. |
![]() |
Rilla tak suka ambil gambar adegan suap-menyuap, tapi Rilla rasa gambar ini comel, kah kah kah *muntah* |
Thanks Amani!
↧
{DIY} Tissue Paper Backdrop
Assalammulaikum dan hai semua...
Lama kan Rilla tak kongsi idea DIY? Sebenarnya, dah lama tak kongsi apa-apa, hahaha. Rilla terjumpa satu projek DIY ni, iaitu Tissue Paper Backdrop.
Kena pakai tissue paper tau bukan tissue kat ikea tu. Sangat flexible, boleh guna untuk deco bilik pengantin, photobooth atau meja makan beradab. Kalau buat dalam tona ombre mesti lagi cantik. Selamat mencuba!
↧
↧
Wedding Review: Catering
Assalammualaikum dan hai semua~
Apa nak jadi dengan ini perempuan, dah 9 bulan pun tak habis-habis lagi review. Okay, Rilla sambung review pasal catering ya.
Untuk catering, memang Rilla bagi keutamaan. Biar mahal sedikit, tak apa, asal makanan sedap dan servis bagus. Rilla tidak kisah berlebih untuk catering. Sedikit tips untuk memilih caterer di hari bahagia anda: jangan pilih caterer semasa di pameran pengantin. Sebaiknya pilih caterer ketika korang pergi kenduri di kawasan sekitar. Dari sini kita boleh lihat bagai mana servis mereka, bagaimana rasa makanan mereka sebenarnya. Kalau boleh tanya sekali tuan rumah tu bagaimana pengalaman mereka dengan caterer tersebut.
Begitulah cara Rilla memilih caterer. Katika menghadiri majlis persandingan di Rawang, terus suka dengan caterer ini: Khatijah Catering. Jauh kan Rawang - Keramat? Tapi mereka memang boleh sediakan perkhidmatan sekitar Lembah Kelang. Masa makan di kenduri kat Rawang tu, rasa sedap sangat ayam goreng berempah dia. Lauk pula banyak jenis yang disediakan. Mak Rilla buat assumption 'Ni mesti pakej RM20/pax ni'.
Rilla minta no telefon mereka dan minta sebut harga. Harga yang diberikan memang sangat berpatutan. RM13/pax dengan menu berikut:-
Alhamdulillah, maklumbalas tetamu sangat positif, terutamanya pasal sambal sotong. Majlis adik-adik Rilla baru-baru ni pun kami menggunakan khidmat mereka sekali lagi. Dan atas permintaan saudara-mara, sambal sotong dimasukkan ke dalam menu lagi sekali.
Kepada yang berminat, boleh rujuk gambar di bawah ya. Harap maklum, sekrang mereka tak sediakan perkhidmatan canopy, khas untuk catering sahaja.

- Nasi Tomato
- Nasi Putih
- Ayam goreng berempah
- Daging rendang mamak + sambal sotong
- Dalca daging + gulai tumis darat ikan masin
- Kerabu mangga + jelatah
- BuahTembikai
- Air Sirap Selasih
- Air Mineral
- Bubur pulut hitam + jagung
- Ayam golek masak briani
- Ikan siakap tiga rasa
- Sotong masak lemak
- Udang galah goreng tepung
- Hati lembu masak kicap
- Sayur campur
- Buah gubahan
- + lauk utama
Alhamdulillah, maklumbalas tetamu sangat positif, terutamanya pasal sambal sotong. Majlis adik-adik Rilla baru-baru ni pun kami menggunakan khidmat mereka sekali lagi. Dan atas permintaan saudara-mara, sambal sotong dimasukkan ke dalam menu lagi sekali.
Kepada yang berminat, boleh rujuk gambar di bawah ya. Harap maklum, sekrang mereka tak sediakan perkhidmatan canopy, khas untuk catering sahaja.
↧
Wedding Review: Wedding Shoes
Assalammualaikum dan hai semua
Ok, kita sambung review pasal kasut-kasut kahwin pula. Rilla pakai dua pasang kasut untuk ketiga-tiga majlis. Kasut Rilla semua beli di kedai sahaja, memang sengaja tak mahu menempah bridal shoes. Kalau tempah kasut kahwin yang putih tu entah bila nak pakai balik. Jadi Rilla beli kasut di kedai kasut sahaja, dan kasut-kasut ini telah pun Rilla pakai berkali-kali.
Kasut Nikah
Kasut nikah Rilla pakai boots (kau ada?) Hahaha. Warna kelabu, beli di Nose. Harga? Tak sampai RM90 pun.
Kasut Sanding/Bertandang
Yang ini Rilla beli di Vincci. Harga tak ingat, tapi rasanya bawah RM100 sebab masa tu sale. Kasut ni, walaupun tinggi, tapi sangat selesa. Pakai masa majlis, photoshoot, tak ada hal punya. Nak posing lompat-lompat, lari-lari pun boleh.

Tak ada gambar close-up. Rilla pakai masa outdoor photoshoot. Takdelah nak pakai masa akad pun.
Kasut Sanding/Bertandang
Yang ini Rilla beli di Vincci. Harga tak ingat, tapi rasanya bawah RM100 sebab masa tu sale. Kasut ni, walaupun tinggi, tapi sangat selesa. Pakai masa majlis, photoshoot, tak ada hal punya. Nak posing lompat-lompat, lari-lari pun boleh.
Close-up kasut.
Pakai dengan baju sanding.
Pakai balik masa bertandang.
Dah~~
↧
Gambar Outdoor Nikah
↧
Calling All Blogger Brides! Gath Jom!
Assalammualaikum dan hai semua!

// T A R I K H //
3 Feb 2013 (Ahad)
// M A S A //
2.00-7.00 PM
// T E M P A T //
FLORA TERRACE, Hampshire Place,
A-LG-1, Lower Ground Floor,
No:1, Jalan Mayang Sari,
50400 Kuala Lumpur
// B A Y A R A N //
RM50.00 Seorang
// R S V P //
farahfabulouz8@gmail.com
012- 239 2884 (Waty)
ctnurwatysamsudin@gmail.com
Jom, ada games, lucky draw, photobooth, shawl tutorial dan macam-macam lagi! Cepat RSVP sebelum 10 Jan 2013!!! Yang tak ada blog/follower/silent reader pun boleh join!
↧
↧
Wedding Review: Official Photographer
*Amaran: Entri penuh gambar*
Assalammualaikum dan hai semua...
Assalammualaikum dan hai semua...
Ada lagi kah yang menjenguk blog yang dah bersawang ni? Minta maaf ya tak habis-habis lagi update, kahwin dah nak setahun pun, review tak habis lagi, poyo sungguh.
Kepada yang masih belum tahu, Rilla baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki 4 November lalu (boleh jenguk ke blog peribadi Rilla untuk tahu kisahnya). Jadi Rilla sibuk kebelakangan ni, mana email/pm yang Rilla tak balas tu maaf ya. Berpantang pun sibuk tau, mencabar. Rilla sambung review untuk Jurugambar majlis Rilla ya.
Keseluruhannya, Rilla ambil dua jurugambar untuk semua majlis dan sesi fotografi. Mereka adalah:-
Nikah, Sanding, Sanding Outdoor, Bertandang, Bertandang Outdoor & Post Wedding
Nikah Outdoor
Kah kah, semua event ada outdoor, over kau Rilla.
Nikah
Untuk Nikah, Xclusive by Izz hantar seorang Senior Photographer diorang - Abang Haziq nama beliau.Rilla sangat suka gambr nikah. Abang Haziq punya style macam sweet sweet gitu.Sukalah!
Nikah Outdoor Photoshoot
Hanif Ramli (Anep) ni Rilla kenal masa Rilla ambil promo Pre-wed photoshoot dulu. Masa promo tu, vendor assign Anep untuk tangkap gambar kami. Bila dapat je soft copy gambar-gambar pre-wedding shoot tu, gembira sebab cantik sangat.

Lepas tu terfikir nak buat satu outdoor session pakai baju nikah. Penat-penat jahit baju nikah sendiri, haruslah buat photoshoot kan? Alhamdulillah, walaupun contact Anep last minute, dah lah masa tu nak naik sekolah (Anep ni cikgu pendidik anak bangsa), dia available untuk 2 Jan 2012 (sehari selepas nikah). Kitorang buat shooting di Taman Saujana Putrajaya. Silapnya Rilla set time dah agak lambat (pukul 10), jadi mata hari dah naik. Kawasan situ, paling cantik shooting pukul 7 pagi camtu. Kami ambil shoot n burn je sebab dah cakap kat Xclusive by Izz, nanti buat album nak campur sekali gambar outdoor nikah.
Hasil: Seperti yang dijangkakan, cantik sangat. Recommended!
Klik pada gambar di atas untuk melihat gambar-gambar outdoor nikah.
Sanding & Sanding Outdoor Photoshoot
Untuk majlis resepsi, bos Xclusive by Izz yang datang - Abang Wan ditemani darlingnya, Kak Ayu. Abang Wan memang padai ambil gambar waktu malam. Outdoor shoot pula kami ambil di sekita Kuala Lumpur.
Tandang & Tandang 1st Photoshoot
Bertandang ni special sikit, sebab ada dua kali outdoor photoshoot, hahaha. Over kau! Untuk majlis dan 1st shooting, Xclusive by Izz hantar Abang Zaini. Abang Zaini punya gambar pun cantik-cantik belaka.
Tandang 2nd Photoshoot & Post Wedding Photoshoot
Xclusive by Izz dengan baik hatinya beri kami post-wedding photoshoot dengan percuma. Dua-dua shooting ni di buat di Singapore. Tapi sayang, cucaca masa tu mendung, dan rooftop Marina Bay Sands tu tutup.
Dah, habis semua photoshoot. Silalah ke page-page mereka untuk melihat hasil kerja mereka yang lain.
↧
{DIY} Ribbon Bow Ornament
Assalammualaikum dan hai semua...
Rilla nak kongsi satu idea DIY yang Rilla rasa sangat comel - ribbon bow ornament. Boleh digunakan sebagai dekorasi majlis anda. Nak buat pelamin pun boleh: ambil ranting kayu yang besar, buat ornament ni banyak-banyak, dan gantung kat ranting kayu tadi. Mesti cantik.Harga material pun murah, cuma pakai reben yang ikat hamper tu je.
Selamat mencuba!
Read about my anniversary here. (Dah setahun kahwin pun tak habis-habis lagi review)

DIY Ribbon Bow Ornament Tutorial by Paper n Pearlz
Selamat mencuba!
Read about my anniversary here. (Dah setahun kahwin pun tak habis-habis lagi review)
↧
{DIY} Felt Chrysanthemum
Assalammualaikum dan hai semua...
Rilla jumpa satu tutorial untuk DIY bunga chrysanthemum dari felt. Sesuai sebagai projek B2B untuk centerpieces! Nak buat handbouqet pon boleh.
Selamat mecuba~!
↧